PROGRAM CINTA DESA 2011 – PAYA GURING

Tim Nasional Perlis telah mengadakan Program Cinta Desa 2011 pada 24 dan 25 Disember 2011 bertempat di Kg. Paya Guring, Arau Perlis. Program ini telah melibatkan penyertaan sebanyak 28 orang yang terdiri dari 17 orang dari Tim Nasional Perlis, 5 orang wakil dari Tim Nasional Kedah serta 3 orang wakil dari Tim Zon Utara.

Sambutan dari Penduduk Kg Paya Guring

Program ini  mendapat kerjasama yang baik dari penduduk Kg. Paya Guring dimana lebih dari 50 orang kampung telah terlibat untuk menjayakan program ini. Para peserta telah ditempatkan di 11 rumah penduduk kampung yang melibatkan diri dengan program homestay. Setibanya di Kg. Paya Guring, semua peserta telah disambut dengan meriah oleh penduduk kampung dengan diiringi bunga manggar dan paluan kompang dimana menyebabkan para peserta berasa sangat teruja dengan sambutan yang sangat meriah itu.Program dimulakan dengan majlis penyerahan anak angkat dan ucapan selamat datang oleh Pengerusi JKKK Paya Guring; Tuan Haji Romle bin Haji Hasan. Selepas penyerahan anak angkat peserta dan penduduk kampung diberi peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan oleh pihak CNI. Selepas pemeriksaan kesihatan, peserta ke rumah keluarga masing-masing untuk beristirehat, maklumlah setelah melalui perjalanan yang jauh.

Tn Hj Romle, Pengerusi JKKK Kg Paya Guring

Pada tengah hari, semua peserta program telah dibawa ke majlis kesyukuran berkhatan cucu salah seorang penduduk Paya Guring untuk menikmati suasana kenduri di Paya Guring. Para peserta telah dijamu dengan masakan yang enak,asam pedas keladi, gulai nangka ikan masin, ayam masak kicap dan bubur kacang.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan aktiviti rewang untuk persediaan makan malam, disamping itu peserta juga berpeluang melibatkan beberapa aktiviti bersama kaum ibu dimana para peserta telah diajar bagaimana untuk menganyam ketupat palas dan menganyam sarung cempedak. Para peserta juga diajak untuk menari poco poco bersama dengan penduduk kampung.

Anyam sarung cempedak

Di sebelah malam, program dimulakan dengan solat Maghrib dan Isya’ secara berjemaah di Dataran Tunku Hajah Budriah. Selepas makan malam, program disambung dengan ceramah bertajuk Program Cinta Desa yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis; Encik Mohammad Lokman Mahmud. Diakhir ceramah ini, ACT telah diajak untuk mengadakan program bersama-sama dengan Jabatan Penerangan Perlis dibawah program Komuniti Bestari pada masa akan datang.

Solat berjemaah

Ceramah En Lokman "Program Cinta Desa"

Selepas sesi ceramah, para peserta telah dihiburkan dengan persembahan dari penduduk kampung Paya Guring. Persembahan yang ditontonkan adalah persembahan nasyid, persembahan hadrah dan gendang panjang. Wakil dari peserta juga ada mengadakan persembahan. Ternyata para peserta dan penduduk kampung sangat terhibur dengan persembahan-persembahan yang ada.

Nasyid oleh kaum ibu Kg Paya Guring

Hadrah

Gendang Panjang

Persembahan dari Tim ACT

Pada 25 Disember 2011, program disambung dengan kayuhan mengelilingi kawasan sekitar Paya Guring. Seramai 27 cyclist terlibat dalam program kayuhan termasuk 15 cyclist dari penduduk kampung yang diketuai olah Pengerusi JKKK Paya Guring. Kayuhan sejauh 15 kilometer ini turut disertai oleh peserta yang berumur 6 tahun, adik Zaki anak kepada Haji Romle. Tempat-tempat yang menjadi persinggahan semasa kayuhan ini adalah Perusahaan Bahulu Panas yang diusahakan oleh Puan Zainab di Kampung Padang Sidin, pusat pengumpulan sisa dari ayam yang telah diproses untuk dieksport ke Thailand di kampung Baggul  dan Nat Pokok Getah; pasar tani terbesar di Arau.

Kayuhan Cinta Desa

Bahulu Panas Pn Zainab

Program PCD Paya Guring ditutup secara rasmi selepas makan tengah hari bersama-sama semua penduduk kampung dan peserta kayuhan. Program ini mendapat maklum balas yang baik dari peserta kayuhan, penduduk kampung dan juga pelajar-pelajar UUM yang terlibat secara tidak langsung. Peserta dari tim Nasional perlis meninggalkan Paya guring selepas program penyerahan kembali anak angkat pada jam 5.30 petang. Terima Kasih Paya Guring…kami pasti kembali…

One response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s