Trip ke Perlis 28-29 Oktober 2011

Pada tanggal 28-29 Oktober 2011, sekali lagi Tim Nasional Perlis yang pada kali ini di wakili oleh En Azlan,En Ali berserta keluarga, En Nizam dan juga En Zari berserta keluarganya telah berkunjung ke Perlis. Untuk lawatan pada kali ini pihak Tim Nasional Perlis telah membahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan bertindak untuk melanjuti lawatan-lawatan sebelum ini dan satu kumpulan lagi terlibat untuk perbincanagan dengan wakil Ahli Parlimen Arau dan beberapa JKKK kampung untuk melaksanakan program Ekspedisi Perlis-Pak Bara 2011 (EPPB2011). Tim Nasional Perlis telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada  jam 1.40 pagi dan sampai di Perlis kira-kira jam 8.00 pagi. Setelah membuat persiapan diri dua tim yang telah dibentuk telah bergerak ke destinasi masing-masing. Tim Pertama, En Azlan, En Ali berserta keluarga telah ke Pejabat Ahli Parlimen Arau untuk mengadakan perbincangan mengenai EPPB 2011 dan Tim Kedua, En Nizam, En Zari berserta keluarga akan meneruskan lagi siri lawatan silaturahim yang telah dibuat sebelum ini, dimana tempat yang akan dituju untuk kali ini ialah di sekitar Kuala Perlis dan Pauh.

En Zari & Family bergambar bersama En Kamarulzaman, Pegawai Kementerian Pelancongan

Memandangkan masih belum bersarapan lagi Tim kedua mengambil keputusan untuk bersarapan di Kuala Perlis, menu sarapan yang dipilih ialah Pulut Mangga, wow…memang mengasyikkan ditambah lagi dengan suasa nyaman di tepi laut sehingga hilang rasa penat. Untuk pengetahuan, jika kita hendak ke Langkawi jalan laut yang terdekat untuk kesana adalah Kuala Perlis dan disebabkan itu ia membuatkan suasana di Jeti itu amat sibuk tetapi keadaan itu tidak menghalang Tim menikmati sarapan disitu. Selesai sahaja bersarapan dan menyiapkan sedikit tugasan-tugasan pejabat, Tim Nasional Perlis bergerak ke Kementerian Pelancongan Perlis dimana lokasinya terletak sebaris dengan tempat bersarapan. Di situ Tim kedua telah berjumpa dengan En Kamarulzaman,Pegawai di Pejabat Kementerian Pelancongan. Perbincangan menjurus kearah untuk berkolabrasi untuk program-program yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Imam 1 Masjid Al Husain di temubual oleh wakil Tim Perlis,En Zari

Bergambar bersama Imam Hafiz

Selesai perbincangan dan memandangkan hari tu hari Jumaat, tim membuat keputusan bersembahyang di masjid berhampiran, Masjid Al Hussain, salah satu masjid yang tercantik dan masih baru lagi. Masjid Al Hussain, masjid terapung yang terletak di Kuala Perlis ni juga dikenali sebagai Masjid Universiti Malaysia Perlis(UNIMAP), Nazirnya adalah Naib Canselor UNIMAP sendiri iaitu Brigedier Jeneral Dato’ Profesor Dr. Kamarudin Hussin dan Ahli Jawatankuasa Masjid terdiri daripada golongan-golongan muda. Dikesempatan ini Tim mengambil peluang bertemu beliau untuk berbincang bagi menjalinkan usahasama untuk mengadakan program-program. Jadual beliau amat sibuk petang itu dan tim mengadakan perbincangan dengan Imam Masjid Al Hussain iaitu Imam Muda Hafiz. Hasil perbincangan menampakkan kedua-dua pihak mempunyai misi dan visi yang sama dan ini membuatkan pihak masjid bersedia dan mengalu-alukan untuk bekerjasama bagi mengadakan program bersama.

Homestay di Paya Guring...macam hotel

Selesai berdiskusi tim meneruskan perjalanan untuk Ke Kampung Paya Guring. Sebelum ke Paya Guring. Di Paya Guring, Tim bertemu dengan Pengerusi JKKK di situ, En Romle. Apa yang menariknya di Paya Guring ini ialah kesatuan yang kuat dikalangan penduduk disitu. Dinyatakan kemudahan-kemudahan orang ramai yang ada di situ seperti astaka, dataran dan beberapa kemudahan yang lain pembinaannya adalah hasil gotong-royong penduduk kampung sendiri. Dikesempatan itu juga Tim dibawa melawat ke beberapa homestay milik En Romle, dengan “package” penginapan yang berpatutan dan keadaan homestay yang sangat cantik pasti pengunjumg akan berpuas hati harga yang ditawarkan. Perjalanan diteruskan lagi dan destinasi seterusnya ialah Kampung Tambun Tulang, dimana di sini tim mengambil kesempatan untuk bertemu dengan keluarga angkat disana. Pada kali ini Tim telah ke rumah Che Om atau juga dikenali sebagai Mak Om. Dikesempatan ini Tim mengambil peluang untuk bertukar-tukar cerita dan khabar berita setelah kali terakhir bertemu pada program KCD pada bulan Julai lepas. Tim juga dijamu makan malam di rumah Mak Om dan Tim bermalam di rumah Mak Om

Perusahaan cendawan di LPP Paya

En Aziz Saleh,pengusaha belacan yang berjaya Belacan A.A Bayu terbaik!

20 Oktober 2011, kembara perjalanan diteruskan lagi…setelah selesai bersarapan di rumah Mak Om perjalanan diteruskan untuk melawat IKS di Perlis. Tempat pertama yang dikunjungi ialah Lembaga Pertubuhan Peladang, Paya. Disana Tim telah melawat tempat perusahan Cendawan. Tim telah bertemu dengan pengusaha cendawan iaitu En Wan Mohamad Najib dan telah diberi penerangan tentang penanaman cendawan dari proses yang pertama sehinggalah dituai. Setelah selesai diberi penerangan Tim dibekalkan 3 bag cendawan sebagai saguhati. Seterusnya Tim telah ke Kampung Sg Berembang. Sg Berembang terkenal dengan perusahan belacannya dan belacan yang terkenal disini ialah Belacan AA Bayu. Tim telah berjumpa dengan pengusaha Belacan AA Bayu iaitu En Aziz Saleh. Beliau berkongsi menceritakan pengalaman beliau mengusahakan belacan, yang menariknya disini, sepanjang perusahan belacan di Kampung Sg Berembang itu adalah kebanyakannya adalah milik saudara-saudara beliau, ternyata En Aziz adalah ikon pengusaha IKS yang berjaya disitu. Selesai melihat perusahan belacan, tim kembali semula ke rumah Mak Om dan kelihatan sekumpulan penduduk kampung tengah mengubah anak padi disawah, setelah selesai beberapa urusan kira-kira jam 6.00 petang rombongan Tim Perlis bergerak ke Kuala Lumpur dam sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s