Lawatan Susulan Ke Perlis 24-26 Ogos 2011

Pada 24-26 Ogos 2011 Tim ACT Perlis iaitu En Hasnan & En Farik telah mengadakan lawatan ke Perlis,ia adalah susulan dari lawatan pertama yang berlaku pada 2-4 Ogos 2011.

Sama seperti lawatan yang pertama, lawatan kali ini juga adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dengan JKKK dan penduduk setempat, mendapatkan nama-nama semasa, memperoleh informasi berkenaan sosio-budaya dan ekonomi tempatan dan juga untuk memperluaskan lagi hubungan di sekitar negeri perlis.

24 Ogos 2011 (Hari Pertama)

Tepat jam 5.30 pagi Tim kami telah sampai di Kuala Perlis dan mengambil keputusan untuk bersahur dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.Selesai berehat dan bersiap perjalanan diteruskan dan destinasi pertama yang dikunjungi ialah Hotel Putra Brasmana(HPB) dimana hotel ini telah menjadi tempat persinggahan para atlet ACT pada program Jelajah 1Malaysia Fasa 3 2010.Perjalanan ke HPB hanya mengambil masa 10 minit dan ia disambut oleh Pengurus Besar HPB, En Abdul Wahab Hassan. Perjumpaan diteruskan dengan perbincangan antara Tim ACT Perlis dan En Wahab untuk mengadakan kerjasama antara ACT dan Hotel Putra Brasmana untuk program/plan Kayuhan 2012 nanti. Perjumpaan diakhiri dengan pihak Tim ACT Perlis menyerahkan kad ucapan Aidilfitri dari ACT.

En Hasnan di hadapan Hotel Putra Brasmana dan En Farik bersama Pengurus Besar Hotel Putra Brasmana

Perjalanan diteruskan lagi pada jam 9.35 pagi, destinasi seterusnya adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,Kangar untuk bertemu dengan En Ahmad Razin Hj Ayob,Penghulu Beseri, Titi Tinggi dan Chuping. Dimaklumkan beliau tiada kerana menghadiri mesyuarat dan kad Raya diserahkan melalui pembantu peribadi beliau. Perjalanan diteruskan lagi ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang juga dikenali sebagai Mini Putrajaya. Semasa dalam perjalanan Tim ACT Perlis berkesempatan untuk singgah sebentar di Taman Rekreasi Gua Cenderawasih dan sempat memerhatikan dan menikmati keindahan alam sekeliling. Tepat jam 11.50 pagi, Tim ACT Perlis sampai di Kompleks Dewan Undangan Negeri dan disambut oleh YB Tuan Abdul Jamil Saad, Adun Sena/ Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan. Seperti pertemuan sebelum ini Tim ACT Perlis menyerahkan kad ucapan Aidilfitri dari ACT dan perjumpaan diteruskan dengan perbincangan kerjasama untuk mengadakan program Kayuhan 2012 nanti. Lawatan kali ini Tim ACT Perlis  tidak dapat bertemu dengan Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu dan YB Tuan Ahmad Bakri @ Ahmad Zakri Dato’ Ali, ADUN Kayang / Exco Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar kerana masing-masing menghadiri mesyuarat. Kad ucapan Aidilfitri dari ACT diserahkan melalui pembantu peribadi masing-masing.

Lawatan ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis dan bergambar bersama YB Tuan Abd Jamil Saad

Seterusnya, Tim ACT Perlis bergerak ke Ibu Pejabat Polis Trafik Kontinjen Perlis dan sampai di sana pada jam 1.35 petang dan difahamkan Ketua Inspektor Rusli Yahaya, Ketua Balai Polis tiada di pejabat dan kad ucapan Aidilfitri dari ACT diserahkan melalui kerani pejabat beliau. Perjalanan diteruskan lagi ke Padang Besar dengan bertujuan untuk melihat kegiatan ekonomi disana dan selepas itu destinasi seterusnya ialah Kg Tambun Tulang iatu tempat Program Kayuhan Cinta Daerah yang berlaku 25-26 Julai lepas. Kira-kira jam 5.30 petang Tim ACT Perlis sampai di Kediaman Mak Wan, disana Tim ACT Perlis bersilaturahim dan berbuka puasa bersama keluarga Mak Wan. Tim ACT Perlis dipelawa oleh Mak Wan untuk menunaikan solat tarawikh di Masjid Ibnu Taimiyyah dan kebetulan pada hari itu berlaku satu majlis sumbangan ihsan kepada anak-anak yatim.

Dihadapan Ibu Pejabat Polis Trafik dan Majlis sumbangan ihsan kepada anak yatim di Masjid Ibnu Taimiyyah

25 Ogos 2011 (Hari Kedua)

Anak pokok gaharu di rumah Mak Wan

Aktiviti hari kedua dimulakan dengan bersahur dan solat Subuh berjemaah dirumah Mak Wan. Kemudian Mak Wan mengajak untuk melihat tumbeseran pohon gaharu yang diserahkan sebelum ini,masih ada pohon gaharu yang belum ditanam kerana perlu membuat batas dihalaman akibat khuatir dinaiki air disebabkan banjir. Pada hari kedua perjalanan diteruskan lagi ke rumah Tuan Haji Mat Salih Ali, Ketua Kampung Seri Gelam, disana pihak Tim ACT Perlis menyerah kad ucapan Aidilfitri dari ACT dan mengadakan perbincangan tentang Kayuhan Kangar-Krabi.Kemudian jam 10.25 pagi perjalanan diteruskan pula ke rumah Tuan Haji Halim Jalib, Penyelaras Inap Desa Kampung Ujong Bukit. Tim ACT Perlis menyerahkan Kad Ucapan Aidilfitri dari ACT dan  tujuh pohon gaharu yang dipesan sebelum ni sambil berkongsi penanaman dan penjagaan pokok. Kemudian jam 10.22 pagi perjalanan diteruskan lagi ke rumah Puan Siti Hajar, Pengerusi JKKK Kampung Tambun Tulang. Disana Tim ACT Perlis bersilaturahim bersama Puan Siti hajar dan menyerahkan Kad Ucapan Aidilfitri dari ACT untuk Puan Siti Hajar dan YB Dato’ Ismail Kassim, Ahli Parlimen Arau. Kira-kira jam 1.15 petang Tim ACT Perlis bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan selamat sampai di Seri Kembangan pada jam 7.10 malam.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s