Lawatan Pertama Selepas KCD 2011

Pada 2-4 Ogos 2011, Tim ACT Perlis yang diwakili oleh En Azlan, En Ali dan En Imtiyaz telah melakukan lawatan pertama pada 2-4 Ogos 2011. Ia adalah susulan dari Program Kayuhan Cinta Daerah 2011 yang telah diadakan pada 25-26 Julai 2011.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim dengan JKKK dan penduduk setempat, mendapatkan nama-nama semasa, memperoleh informasi berkenaan sosio-budaya dan ekonomi tempatan dan ia juga bertujuan untuk memperluaskan lagi hubungan di sekitar negeri perlis.

Kronologi lawatan Tim ACT Perlis

2 Ogos 2011 (Hari Pertama)

Destinasi pertama yang menjadi pilihan ialah Kampung Tambun Tulang, tempat berlangsungnya Program Kayuhan Cinta Daerah 2011. Kira-kira jam 7.00 pagi, Tim ACT Perlis sampai di rumah Mak Wan. Tim ACT Perlis disambut mesra oleh Mak Wan. 20 anak pokok Karas (Gaharu) yang telah dipesan telah diserahkan kepada Mak Wan. Setelah semua urusan selesai dan berehat, Mak Wan mempelawa Tim ACT Perlis ke Pasar Tani untuk membeli persiapan makanan berbuka puasa.

Serahan Pokok Gaharu kepada Mak Wan

Serahan Pokok Gaharu kepada Mak Wan

Team ACT Perlis di Pasar Tani

Setelah selesai membeli belah iaitu kira-kira jam 11.30 pagi, Tim ACT Perlis telah pergi ke Pejabat Dokumentasi/Pasport, Jabatan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah. Di sana Tim ACT Perlis telah bertemu dengan Timbalan Penolong Pengarah Imegresen Bukit Kayu Hitam, En Norizan Bin Harun. Perbincangan ringkas telah berlaku terarah kepada  kemasukan sempadan dan laluan dari Bukit Kayu ke Selatan Thailand. Kira-kira jam 6.00 petang Tim ACT Perlis telah bertemu dengan Pengerusi JKKK Kg Tambun Tulang, Puan Siti Hajar. Beliau telah membawa untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Shahidan Kassim di tapak Pasar Ramadhan. Dikesempatan pertemuan yang singkat ini Puan Siti Hajar telah memperkenalkan Tim ACT Perlis dan ACT sendiri kepada beliau. Tidak banyak yang dibincangkan memandangkan beliau mempunyai beberapa program disebelah malam. Tim ACT Perlis berbuka puasa di rumah Mak Wan, ternyata layanan yang diberikan amat memuaskan, Tim ACT Perlis dijamu dengan makanan-makanan yang lazat. Untuk hari pertama Tim ACT Perlis telah bermalam di rumah Mak Wan.

Pejabat Dokumentasi/Pasport, Jabatan Imigresen Bukit Kayu Hitam

Bersama Puan Siti Hajar

Bersama Dato' Shahidan Kassim

3 Ogos 2011 (Hari Kedua)

Pada hari yang kedua, Tim ACT Perlis meneruskan lawatan untuk ke Rimba Herba. Di hari yang kedua Tim ACT Perlis mengambil keputusan untuk bermalam di Hotel Putra Palace, Kangar dan telah sampai di hotel kira-kira jam 12.00 pm. Selesai check in, perjalanan diteruskan dan dalam perjalanan Tim ACT Perlis telah singgah ke Masjid Alwi, Kangar untuk melawat tapak pokok yang ditanam dari Program Tour Asean 2008. Tim ACT Perlis juga telah singgah di Taman Anggur Perlis dan seterusnya ke Rimba Herba. Di Rimba Herba, Tim ACT Perlis telah disambut oleh Pegawai Rimba Herba, En Hashim. Beberapa informasi tentang Rimba Herba telah diperolehi termasuk informasi tentang Eagle Park Challet dan Kompleks Basikal Lasak. Tim ACT Perlis mengambil kesempatan atas lawatan ini untuk membeli-belah di Padang Besar. Kira-kira jam 5.30 petang Tim ACT Perlis kembali semula ke rumah Mak Wan dan beliau mempelawa untuk ke kebun rambutan sahabat beliau di Pauh. Pada hari yang kedua ini Tim ACT Perlis telah berbuka dan solat Terawikh di rumah Pengerusi JKKK Kg Gelam, En Mat Salih bin Ali. Selesai semua urusan kira-kira jam  11.30pm Tim ACT Perlis pulang ke hotel untuk berehat.

Pintu Masuk Rimba Herba

Perbincangan bersama En Hassim

Dihadapan Ladang Anggur

Pemandangan Ladang Anggur

Kompleks Basikal Lasak

Pokok yang ditanam semasa Tour Asean 2008

Bersama keluarga En Mat Salih bin Ali

Berbuka puasa bersama - sama

4 Ogos 2011 (Hari Ke 3)

Aktiviti diteruskan pada hari yang ke 3 dengan lawatan ke Kg Ujong Bukit iaitu tempat Program Jelajah Desa 2010. Kira- kira jam 8.30 pagi, Tim ACT Perlis sampai ke Kg Ujong Bukit dan telah disambut oleh Pengerusi Kg Ujong Bukit, En Halim. Cenderahati gambar Program Jelajah Desa 2010 telah diserahkan kepada beliau. Beberapa perbincangan telah berlaku mengenai perubahan kemajuan Kg Ujong Bukit dan pihak Tim ACT Perlis juga memberi cadangan tentang tanaman pokok karas (gaharu) kepada beliau. Tim ACT Perlis juga dipelawa untuk melawat Homestay dan tapak pokok yang di tanam ketika Program Jelajah Desa 2011. Dikesempatan itu juga Tim ACT Perlis mengambil peluang untuk untuk bertemu keluarga angkat En Azlan iaitu En Khamis bin Muhammad. Tim ACT Perlis juga berpeluang untuk melawat Kolam Ikan milik menantu En Khamis dan melawat tanah milik beliau seluas 1 1/2 ekar. Selesai lawatan di Kg Ujong Bukit, Tim ACT Perlis kembali ke hotel dan check out pada jam 2.00 petang. Lawatan diteruskan lagi dan destinasi seterusnya ialah UniMAP, Pauh, Perlis. Setelah beberapa informasi diperolehi dan kira-kira jam 5.00 pm, Tim ACT Perlis bertolak untuk pulang ke Kuala Lumpur dan selamat sampai di Shah Alam pada jam 11.30pm.

Bersama En Halim, Ujong Bukit

Di tepi kolam ikan

Perusahaan Ikan Pekasam

Pertubuhan Peladang

 

Tanah yang belum diusahakan

UniMap

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s