Lawatan Aidilfitri 2011

Pada Aidilfitiri yang lepas team ACT Perlis, En Mohd Naim dan keluarga berkunjung ke Perlis sempena Aidilfitri. Disini sedikit sebanyak dapat mengikat silaturrahim dengan lebih erat dengan warga Perlis terutama di Kampung Ujong Bukit dan Kampung Tambun Tulang.

Bergambar bersama keluarga En. Ali Hanapiah di Kg Ujong Bukit.

Bersama keluarga Pn. Mahsuri di Kampung Tambun Tulang.

Disamping itu perjalanan tinjauan ke Kampung Mata Ayer dapat membuka ruang silaturrahim dengan lebih luas dalam mengenali desa-desa yang ada di Perlis sejajar dengan Program Cinta Desa 2011.

LATAR BELAKANG KAMPUNG MATA AYER

Sejarah

Pada 1960 an, penduduk kampung yang mula-mula menduduki penempatan ini mendapatkan bekalan air dari air telaga. Boleh dikatakan urusan harian seperti membasuh pakaian, mandi dan sumber air didapati daripada telaga. Sebuah telaga yang dibina boleh digunakan oleh sekurang-kurang empat hingga lima buah keluarga. Justeru terdapat beberapa buah telaga yang dibina di Kampung Mata Ayer termasuklah sebuah telaga di rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Mata Ayer, Hussin Omar.

Menurut Hussin Omar yang ketika itu masih kecil lagi, pada suatu hari, telaga-telaga yang terdapat di Kampung Mata Ayer kering kecuali telaga yang dibina di kawasan rumahnya. Disebabkan telaga-telaga di kawasan lain kering, semua penduduk kampung menggunakan telaga yang terletak di rumah Hussin. Maka, penduduk Kampung telah menamakan kampung mereka sebagai Kampung Mata Ayer kerana mempercayai telaga yang dibina di kawasan rumah Hussin adalah di kawasan mata air.

Maklumat Am

Kampung Mata Ayer merupakan antara 19 kampung dibawah Pekan Mata Ayer dan ia terletak kira-kira Sembilan kilometer dari Bandar Kangar, Perlis. Kampung Mata Ayer terkenal dengan dusun buah-buahan seperti durian dan rambutan. Terdapat sebuah Stesen Meteorologi Chuping yang diselia oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Populasi

Majoriti penduduk Kampung Mata Ayer adalah berbangsa Melayu iaitu kira-kira 449 orang manakala tiga bangsa Cina dan lima orang masyarakat Siam.

Sosioekonomi

Kebanyakkan penduduk Kampu ng Mata Ayer terlibat di dalam bidang pertanian sebagai sumber utama pendapatan mereka. Rata-rata mengusahakan sawah padi dan menorah getah.

Projek Perintis Nangka Madu Mastura

Perlis telah menyasarkan untuk menghasilkan kira-kira 15,000 biji nangka madu Mastura atau dikenali dengan nama saintifiknya Arthocarpus heterophyllus pada penghujung tahun 2010 melalui galakan sebuah rumah menanam lima pokok tersebut. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Sabry Ahmad, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mata Ayer diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti 200 orang peserta yang berminat untuk menerima lima benih anak pokok nangka secara subsidi untuk ditanam di kawasan rumah mereka. Keutamaan akan diberikan kepada petani di sekitar kawasan Mata Ayer dan Chuping supaya memudahkan aktiviti mengawal selia oleh PPK yang bertanggungjawab terhadap projek perintis tersebut. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke kebun milik Saari Ismail, 60 tahun di Kampung Perit pada 6 April 2011 yang lalu. Hadir sama Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Shahidan Nordin dan Pengurus PPK Mata Ayer, Md Lazim Khamis.Sehingga kini Perlis memiliki kira-kira 2,125 pokok nangka madu yang ditanam di atas 17 hektar tanah yang diusahakan oleh 21 orang peserta di lapan kampung di kawasan Mata Ayer dan Chuping. Jika projek perintis ini berjaya, PPK Mata Ayer dapat menghasilkan 5,000 pokok nangka madu yang mampu menghasilkan 15,000 biji buah. Setiap pokok akan menghasilkan antara tiga hingga empat buah dan peserta mampu memperoleh pendapatan antara RM150.00 hingga RM200.00 bagi setiap satu pokok yang ditanam.

En. Husin Omar Pengerusi JKKK Kampung Mata Ayer bersama kereta 1 Malaysianya.

Hasil dari lawatan silaturrahim kali ini ialah dapat mengukuhkan lagi silaturrahim yang telah terjalin sejak program-program ACT dari tahun 2010. Lawatan ini juga dapat membuka ruang silaturrahim yang baru di Kampung Mata Ayer.

Harapan semoga kita dapat mewujudkan program di Kampung Mata Ayer serta memanjangkan program sedia ada di Kampung Ujong Bukit dan Kampung Tambun Tulang. Serta memanfaatkan hubungan silaturrahim ini dalam misi & visi kita untuk membangun desa dan seterusnya negara yang tercinta.

Senarai Rujukan

Nama: En. Hussin Omar

Jawatan : Pengerusi JKKK Kampung Mata Ayer

Tel: 013-4353133

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s