Belacan Madu Kuala Perlis

Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat yang boleh membangkitkan selera untuk makan.

Belacan Madu merupakan salah satu nama perusahan yang terdapat di Perlis. Walaupun ada perkatan madu disitu ironinya tidak terdapat madu pun dalam ramuan belacan tersebut. Perkataan madu hanya untuk menggambarkan belacan tersebut manis dan sedap. Belacan Madu diusahakan oleh Chek Saleh Abidin dan Che Saudah Hamzah dan ia adalah perusahaan turun-temurun keluarga.

Proses pembuatan
Belacan dibuat daripada udang kecil iaitu udang geragau, sesetengah tempat ia juga dikenali sebagai udang baring, udang geraguk dan juga yang memanggilnya udang sirin. Belacan terbahagi kepada 3 gred iaitu gred 1, 2, dan 3. Gred pertama adalah dibuat daripada udang geragau terdapat di tengah lautan yang berwarna putih kemerah-merahan. Belacan gred kedua pula dibuat daripada udang geragau yang bercampur dengan ikan bilis dan ia berwarna gelap. Manakala belacan gred ketiga pula dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam. Belacan Madu merupakan belacan dari gred 1.

Untuk proses pembuatan Belacan Madu, udang akan dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dimasukkan kedalam pengisar, tambahkan sedikit garam, kemudian adunan tersebut dikisarkan sehingga hancur. Selepas itu ia ditabur di atas guni untuk dijemur sehingga ke tahap kekeringan 70%. Semasa dijemur perkerja akan memastikan hanya udang sahaja yang terdapat dalam adunan supaya akan mendapat belacan gred 1.

Belacan yang telah dijemur ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin untuk dipadatkan menjadi ketulan. Ketulan ini diletakkan di atas papan dan akan dibentuk satu persatu lalu dibungkus untuk dijual. Istimewa Belacan Madu ini adalah pertamanya dari segi ramuan, ramuannya sendiri adalah dari udang geragau yang diambil di tengah lautan dimana diakui kualiti udang yang diambil di tengah lautan dapat menghasilkan belacan yang berwarna merah yang asli tanpa dicampur dengan bahan pewarna dan juga tiada “MSG” dalam ramuan tersebut.

One response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s