Salam Maal Hijrah 1433H

1432 Hijrah sudah melabuhkan tirainya dan 1433H pun menjelma. Seribu satu macam kisah telah tercoret sepanjang tahun lalu, yang pasti pada yang memikirkan sudah pasti ia dapat  menjadikan satu pengajaran yang berguna dalam hidup ini. Lakukan satu perubahan dalam diri ini supaya apa yang akan dilaksanakan dalam 1433H nanti memberi sesuatu yang amat berguna pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Di sini kami dari Tim Nasional Perlis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah, Selamat Datang 1433H, lakukanlah satu perubahan, marilah kita sama-sama hayati tema Maal Hijrah kali ini “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” . Ayuh kita realisasikan!

Sekali lagi Salam Maal Hijrah semua!

Esprit De Corps!

Belacan Madu Kuala Perlis

Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat yang boleh membangkitkan selera untuk makan.

Belacan Madu merupakan salah satu nama perusahan yang terdapat di Perlis. Walaupun ada perkatan madu disitu ironinya tidak terdapat madu pun dalam ramuan belacan tersebut. Perkataan madu hanya untuk menggambarkan belacan tersebut manis dan sedap. Belacan Madu diusahakan oleh Chek Saleh Abidin dan Che Saudah Hamzah dan ia adalah perusahaan turun-temurun keluarga.

Proses pembuatan
Belacan dibuat daripada udang kecil iaitu udang geragau, sesetengah tempat ia juga dikenali sebagai udang baring, udang geraguk dan juga yang memanggilnya udang sirin. Belacan terbahagi kepada 3 gred iaitu gred 1, 2, dan 3. Gred pertama adalah dibuat daripada udang geragau terdapat di tengah lautan yang berwarna putih kemerah-merahan. Belacan gred kedua pula dibuat daripada udang geragau yang bercampur dengan ikan bilis dan ia berwarna gelap. Manakala belacan gred ketiga pula dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam. Belacan Madu merupakan belacan dari gred 1.

Untuk proses pembuatan Belacan Madu, udang akan dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dimasukkan kedalam pengisar, tambahkan sedikit garam, kemudian adunan tersebut dikisarkan sehingga hancur. Selepas itu ia ditabur di atas guni untuk dijemur sehingga ke tahap kekeringan 70%. Semasa dijemur perkerja akan memastikan hanya udang sahaja yang terdapat dalam adunan supaya akan mendapat belacan gred 1.

Belacan yang telah dijemur ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin untuk dipadatkan menjadi ketulan. Ketulan ini diletakkan di atas papan dan akan dibentuk satu persatu lalu dibungkus untuk dijual. Istimewa Belacan Madu ini adalah pertamanya dari segi ramuan, ramuannya sendiri adalah dari udang geragau yang diambil di tengah lautan dimana diakui kualiti udang yang diambil di tengah lautan dapat menghasilkan belacan yang berwarna merah yang asli tanpa dicampur dengan bahan pewarna dan juga tiada “MSG” dalam ramuan tersebut.

Pertanian Mapan: Cabaran Dan Strategi Pembangunan Dalam Sektor Pertanian Di Negeri Perlis

Salam keamanan untuk semua.. Pagi Isnin yang agak mandom ini memang sesuai untuk kita “gerakkan” otak supaya ianya sentiasa cerdas dan aktif.. Satu kajian menarik oleh sepasukan pengkaji dari Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM Pulau Pinang untuk dikongsi bersama buat santapan minda kita hari ini..

ABSTRAK

Sektor pertanian merupakan penyumbang utama dalam ekonomi Negeri Perlis. Sebahagian besar penduduknya terlibat dengan aktiviti pertanian. terutamanya penanaman padi sebagai sumber utama ekonomi mereka. Perkembangan ekonomi dalam sektor pertanian kurang memberangsangkan dan ini telah menjadikan satu cabaran kepada Kerajaan Negeri Perlis dan juga Kerajaan Persekutuan untuk mengekal dan menambahbaikan sektor ini agar ianya terus berkembang maju selaras dengan sektor-sektor perindustrian, perkhidmatan. perlancongan, dan pendidikan. Masalah kemiskinan. kekurangan modal, serangan musuh perosak dan penyakit tanaman, kurang menggunakan teknologi pertanian moden, tanah terbiar dan pengeluaran yang rendah masih merupakan masalah lama yang belum dapat diatasi sebingga sekarang. Masalah ini perlu dibendung dan diatasi kerana migrasi penduduk yang berumur 20 hingga 34 tahun adalah begitu ketara dan proses ini boleh melumpuhkan aktiviti sektor pertanian di negeri PerIis. Strategi pembangunan pertanian yang bersepadu dan lebih dinamik perlu digubalkan oleh pihak-pihak berkaitan supaya penggunaan sumber tanah menjadi lebih efesien, menguntungkan dan menarik pihak petani dan swasta untuk terus menjadikan sektor pertanian di Negeri Perlis lebih mapan.

Kajian penuh boleh dimuat-turun di SINI.

Untuk anak watan Perlis, selamat membaca & semoga dapat membangunkan negeri tercinta dengan jayanya. Negeri kita, tanggungjawab kita.. Cherrio..!

Trip ke Perlis 28-29 Oktober 2011

Pada tanggal 28-29 Oktober 2011, sekali lagi Tim Nasional Perlis yang pada kali ini di wakili oleh En Azlan,En Ali berserta keluarga, En Nizam dan juga En Zari berserta keluarganya telah berkunjung ke Perlis. Untuk lawatan pada kali ini pihak Tim Nasional Perlis telah membahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan bertindak untuk melanjuti lawatan-lawatan sebelum ini dan satu kumpulan lagi terlibat untuk perbincanagan dengan wakil Ahli Parlimen Arau dan beberapa JKKK kampung untuk melaksanakan program Ekspedisi Perlis-Pak Bara 2011 (EPPB2011). Tim Nasional Perlis telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada  jam 1.40 pagi dan sampai di Perlis kira-kira jam 8.00 pagi. Setelah membuat persiapan diri dua tim yang telah dibentuk telah bergerak ke destinasi masing-masing. Tim Pertama, En Azlan, En Ali berserta keluarga telah ke Pejabat Ahli Parlimen Arau untuk mengadakan perbincangan mengenai EPPB 2011 dan Tim Kedua, En Nizam, En Zari berserta keluarga akan meneruskan lagi siri lawatan silaturahim yang telah dibuat sebelum ini, dimana tempat yang akan dituju untuk kali ini ialah di sekitar Kuala Perlis dan Pauh.

En Zari & Family bergambar bersama En Kamarulzaman, Pegawai Kementerian Pelancongan

Memandangkan masih belum bersarapan lagi Tim kedua mengambil keputusan untuk bersarapan di Kuala Perlis, menu sarapan yang dipilih ialah Pulut Mangga, wow…memang mengasyikkan ditambah lagi dengan suasa nyaman di tepi laut sehingga hilang rasa penat. Untuk pengetahuan, jika kita hendak ke Langkawi jalan laut yang terdekat untuk kesana adalah Kuala Perlis dan disebabkan itu ia membuatkan suasana di Jeti itu amat sibuk tetapi keadaan itu tidak menghalang Tim menikmati sarapan disitu. Selesai sahaja bersarapan dan menyiapkan sedikit tugasan-tugasan pejabat, Tim Nasional Perlis bergerak ke Kementerian Pelancongan Perlis dimana lokasinya terletak sebaris dengan tempat bersarapan. Di situ Tim kedua telah berjumpa dengan En Kamarulzaman,Pegawai di Pejabat Kementerian Pelancongan. Perbincangan menjurus kearah untuk berkolabrasi untuk program-program yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Imam 1 Masjid Al Husain di temubual oleh wakil Tim Perlis,En Zari

Bergambar bersama Imam Hafiz

Selesai perbincangan dan memandangkan hari tu hari Jumaat, tim membuat keputusan bersembahyang di masjid berhampiran, Masjid Al Hussain, salah satu masjid yang tercantik dan masih baru lagi. Masjid Al Hussain, masjid terapung yang terletak di Kuala Perlis ni juga dikenali sebagai Masjid Universiti Malaysia Perlis(UNIMAP), Nazirnya adalah Naib Canselor UNIMAP sendiri iaitu Brigedier Jeneral Dato’ Profesor Dr. Kamarudin Hussin dan Ahli Jawatankuasa Masjid terdiri daripada golongan-golongan muda. Dikesempatan ini Tim mengambil peluang bertemu beliau untuk berbincang bagi menjalinkan usahasama untuk mengadakan program-program. Jadual beliau amat sibuk petang itu dan tim mengadakan perbincangan dengan Imam Masjid Al Hussain iaitu Imam Muda Hafiz. Hasil perbincangan menampakkan kedua-dua pihak mempunyai misi dan visi yang sama dan ini membuatkan pihak masjid bersedia dan mengalu-alukan untuk bekerjasama bagi mengadakan program bersama.

Homestay di Paya Guring...macam hotel

Selesai berdiskusi tim meneruskan perjalanan untuk Ke Kampung Paya Guring. Sebelum ke Paya Guring. Di Paya Guring, Tim bertemu dengan Pengerusi JKKK di situ, En Romle. Apa yang menariknya di Paya Guring ini ialah kesatuan yang kuat dikalangan penduduk disitu. Dinyatakan kemudahan-kemudahan orang ramai yang ada di situ seperti astaka, dataran dan beberapa kemudahan yang lain pembinaannya adalah hasil gotong-royong penduduk kampung sendiri. Dikesempatan itu juga Tim dibawa melawat ke beberapa homestay milik En Romle, dengan “package” penginapan yang berpatutan dan keadaan homestay yang sangat cantik pasti pengunjumg akan berpuas hati harga yang ditawarkan. Perjalanan diteruskan lagi dan destinasi seterusnya ialah Kampung Tambun Tulang, dimana di sini tim mengambil kesempatan untuk bertemu dengan keluarga angkat disana. Pada kali ini Tim telah ke rumah Che Om atau juga dikenali sebagai Mak Om. Dikesempatan ini Tim mengambil peluang untuk bertukar-tukar cerita dan khabar berita setelah kali terakhir bertemu pada program KCD pada bulan Julai lepas. Tim juga dijamu makan malam di rumah Mak Om dan Tim bermalam di rumah Mak Om

Perusahaan cendawan di LPP Paya

En Aziz Saleh,pengusaha belacan yang berjaya Belacan A.A Bayu terbaik!

20 Oktober 2011, kembara perjalanan diteruskan lagi…setelah selesai bersarapan di rumah Mak Om perjalanan diteruskan untuk melawat IKS di Perlis. Tempat pertama yang dikunjungi ialah Lembaga Pertubuhan Peladang, Paya. Disana Tim telah melawat tempat perusahan Cendawan. Tim telah bertemu dengan pengusaha cendawan iaitu En Wan Mohamad Najib dan telah diberi penerangan tentang penanaman cendawan dari proses yang pertama sehinggalah dituai. Setelah selesai diberi penerangan Tim dibekalkan 3 bag cendawan sebagai saguhati. Seterusnya Tim telah ke Kampung Sg Berembang. Sg Berembang terkenal dengan perusahan belacannya dan belacan yang terkenal disini ialah Belacan AA Bayu. Tim telah berjumpa dengan pengusaha Belacan AA Bayu iaitu En Aziz Saleh. Beliau berkongsi menceritakan pengalaman beliau mengusahakan belacan, yang menariknya disini, sepanjang perusahan belacan di Kampung Sg Berembang itu adalah kebanyakannya adalah milik saudara-saudara beliau, ternyata En Aziz adalah ikon pengusaha IKS yang berjaya disitu. Selesai melihat perusahan belacan, tim kembali semula ke rumah Mak Om dan kelihatan sekumpulan penduduk kampung tengah mengubah anak padi disawah, setelah selesai beberapa urusan kira-kira jam 6.00 petang rombongan Tim Perlis bergerak ke Kuala Lumpur dam sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi.